"Dan Allah tidak akan menundakan kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
[Surah Al-Munafiqun : 11]
Hidup di dunia ni sangat singkat
Umpama jarak antara azan dan solat sahaja.
Bila kita dilahirkan, akan diazankan dan bila kita meninggal kita akan disolatkan.
.
Bila duduk bersendiri, meningat kembali berapa banyak amalan yang perlu dibawa.
Takutnya kerana amalan belum banyak ..mati tak kenal usia.
.
Semalam bapa saudara telah dipanggil olehNya.
Untuk selama-lamanya.
Amu berada bersama-sama keluarga untuk melihat bagaimana arwah dikapankan dan dikebumikan
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Aku bagaimana nanti?
Tiada apa yang akan dibawa ..hanyalah amalan , iman yang akan membantu di alam barzakh nanti.
.
Ya allah bantu lah hambamu ini.
Ya Allah, janganlah engkau sesatkan hati kami setelah kami engkau beripetunjuk kami, berilah kami rahmat, sesungguhnya engkau adalah maha pemberi. amin.
.
Alfatihah kepada arwah Ibrahim bin yaakob.
.